Tuesday, 4 November 2014

Dia penyeri hidupku...






Sayang ini untukmu... maafkan aku....




Aku termenung seketika dan berfikir sejenak untuk berkongsi luahan hati ini yang sekian lama terpendam dan semakin hari semakin memakan diri sendiri. UJIAN. Ya, diriku telah merasai banyak ujian yang berat. Terasa berat dan sakit setiap hari dan setiap ketika. Ujian fizikal kita dapat lihat melalui pancaindera, tetapi ujian hati dan perasaan hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
     Dahulu aku terfikir bahawa ‘menangis’ tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah disebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah. Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis dari segala-galanya. ‘Kehilangan‘ untuk satu ‘pertemuan‘ yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan “memisahkan” dengan orang yang ku sukai kerana Allah mahu diriku dekat denganNya. Ya, aku sering tak dapat memiliki orang yg aku suka. Mungkin angan ku terlalu tinggi kerana mnyukai org yg jauh lebih hebat dari diriku yg serba kkurangan ini. Sedih. Sedih kerana smua itu terjadi pada diriku. Tapi aku percaya ALLAH pasti ada jawapannya.
      Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu dengan Nya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih dari segala yang ada di langit dan di bumi. Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang “dia” sedang menungguku dan pasti menjemputku di suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah ini…..
      Walau bukan di dunia yang fana ini, insyaAllah dengan berkat kesabaran pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan “dia”, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.
      Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah dari Allah. Allah menguji kerana sayang kepada hambanya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan di kawal dengan sebaiknya. Bukan untuk  dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang  dibenci oleh Nya. Allah mengajar diriku erti KESABARAN, yang selama ini aku tidak berapa mengenali apa itu yang dinamakan kesabaran. Kesabaran mengajar erti hidup ini.
      Moga “dirinya” sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah. Kerana “dia” bersabar dan terus bersabar demi mencapai keredhaanNya. Aku yakin dengan “dia” dan aku yakin dengan Allah. Sekiranya “dia” tercipta untukku, akanku tunggu “dirinya” shingga tibanya waktu itu. TETAPI aku sendiri tidak tahu, siapakah gerangan “DIA” itu. Yang pasti hanya ALLAH yg tahu.
Moga Allah permudahkan segala urusanku. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ianya hanyalah layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.

No comments:

Post a Comment